Misi kami adalah sentiasa memperbaiki interaksi antara para penumpang dan para pemandu serta membantu orang bergerak ke arah matlamat masing-masing.

Sejak tahun 2003, kami telah mencipta teknologi tempahan teksi berinovatif yang menjadikan perkhidmatan ini lebih moden, berpatutan dan selamat. Mengambil kira ciri-ciri spesifik bandar-bandar besar dan kecil, kami memberi peluang kepada para penumpang untuk menempah teksi dengan cara yang mudah dan pemandu boleh mengoptimumkan proses untuk pencarian dan membawa penumpang-penumpang serta mengurangkan waktu pemanduan tanpa penumpang dan waktu menunggu.

Sejarah syarikat ini bermula sebagai syarikat kecil perkhidmatan tempahan teksi di Shadrinsk, sebuah bandar kecil di Ural. Syarikat ini diasaskan oleh jurutera-jurutera muda dari Kurgan yang merupakan pakar dalam proses teknologi dan pengeluaran automasi.

Kesemua pengasas bersama dengan pemandu-pemandu yang diundang telah bekerja sebagai pemandu teksi dengan menggunakan kereta peribadi.

Mereka ingin mengautomatikkan process tempahan teksi secara maksimum dan menjadikan perkhidmatan teksi secara besar-besaran.

Hala tuju penambahbaikan berterusan oleh syarikat telah menyebabkan para pengasas membentuk bahagian buruh. Setiap pekerja akan melakukan tugasan masing seperti membangunkan pusat panggilan moden dan melatih operator-operator, memajukan perisian dan menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal, menarik minat para pelanggan dan pemandu, dan sebahagiannya sebagai bertugas sebagai pemandu. Pada hari ini, perkhidmatan kami melibatkan kerja berpasukan pakar dalam pelbagai bidang.

Dalam tempoh enam tahun pertama, kami telah beroperasi di empat bandaraya, proses perniagaan yang efisien telah dibangunkan, dan tradisi budaya kerjasama yang saling menguntungkan telah terbentuk yang membawa kepada perkembangan syarikat. Contohnya, pada tahun 2009, kami telah membuka cawangan di 7 bandar dan telah berkembang ke 17 bandar pada 2010. Kini, kami membuka cawangan di 22 buah bandar setiap tahun!

Di setiap bandar kami meningkatkan persaingan, menyediakan peluang pekerjaan kepada pemandu, membayar cukai dan bekerja demi kepentingan rakyat dan juga ekonomi.

Kami berasa bangga bahawa cita-cita dan pengalaman kami telah menghasilkan perkakasan dan perisian kompleks yang kuat bagi memastikan fungsi perkhidmatan dan memberikan fungsi analisis yang terperinci untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel. Berdasarkan keperluan kami, satu sistem latihan vokasional operator telah dibangunkan. Sekarang sejumlah besar pesanan diterima dalam masa 24 jam sehari melalui telefon, dari laman sesawang kami dan menerusi aplikasi "Maxim", diterima melalui pusat hubungan khusus di Persekutuan Rusia untuk menerima dan memproses tempahan untuk penumpang dan pengangkutan kargo. Pusat panggilan juga membantu pemandu yang bekerja melalui aplikasi "Taxsee driver".

Bermula tahun 2014, kami mula bekerja di peringkat antarabangsa dan membuka cawangan di Ukraine, Kazakhstan, Georgia, Bulgaria, Tajikistan, Belarus, Azerbaijan dan Itali. Kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat berstatus antarabangsa.

Matlamat kami adalah menjadi sebuah jenama global yang membolehkan pelanggan kami menggunakan perkhidmatan "Maxim" dimana-mana sahaja.

Kami berasa sukacita mencipta teknologi dan perniagaan yang setanding dengan syarikat-syarikat global terkemuka di dunia.

Masa untuk bergerak!